Thursday, April 19, 2012

MENJADI seorang Guru

bersama dengan Puan pengetua
hasil Curahan Puan pengetua
teringat akan GUrindam pengetua ku PUAn RAKAYAH HAJI MADON , pengetua yang amat amat aku hormati kerana telah banyak mengajar aku apa itu profesion sebenar menjadi seorang guru . aku masih teringat akan kata kata beliau. "menjadi seorang guru itu bukan atas dasar menerima GAJI SAHAJA tapi melangkah kaki masuk ke bidang perguruan merupakan atas dasar MInat yang mendalam akan Bidang perguruan, tambah beliau .. AMAT susah untuk mencari seorang guru yang betol betol menjiwai dunianya sebagai seorang pendidik anak bangsa. Lihat saja lah Contoh ..

  1. guru yang tiada persediaan langsung dalam menghadapi anak didik ketika waktu p&P .
  2. Guru yang hanya bekerja ikut masa sahaja .. manakala kerja berlebihan dianggap membebankan dengan alasan adanya tanggungjawab lain yang harus dilaksanakan.
  3. Guru yang hanya tahu mencari kesilapan pelajar walhal tidak pula mahu untuk membaiki kesalahan pelajar itu
  4. Guru yang malas dalam segala bentuk kerjanya . Tidak selesa dengan pihak pentadbir maka mOHOn untuk ditukar sekolah .
  5. Guru yang hanya melihat keburukan yang dilontarkan kepada mereka tanpa berfikir rasionalnya akan kritikan yang dilontarkan itu.
  6. guru yang hanya masuk kelas dan tidak mengajar .
  7. Guru yang kaki kritik namun tidak pula cuba untuk menambah baik .. merosak daripada membina.. mencemar daripada memulia .
MAKA SEDARLAH menjadi seorang GURU bukan atas dasar mendapat gaji semata mata .. akan tetapi ianya perlu ada JIWA yang dibawa sekali dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

GURINDAM GURU

KALAU GURU

Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau guru mengajar sambil berlakun,
Murid belajar dengan tekun.

Kalau guru mengajar tanpa alat,
murid akan bertambah ralat.

Kalau guru mengajar banyak bercakap,
Anak murid bertambah gagap.

Kalau guru permudahcara,
Lahirlah Murid pandai berbicara.

Kalau guru tak pandai menilai,
Tak akan tahu murid itu bodoh atau pandai.

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru tunggu di arah
Semua kerja kena kerah.

Kalau guru kurang mengajar,
dapatlah murid yang kurang ajar.

kalau guru kurang merancang,
anak Murid pandai tembelang.

Kalau guru suka berdamping ,
anak murid dapat di bimbing.

Oleh
Rakayah haji madon
Pengetua cemerlang SMK TUnku abdul rahman kuching sarawak

POKOK PANGKAL .. TEPUK DADA .. BUKA MINDA..

No comments:

Post a Comment